Berita dan Pandangan 5G

Axiata yakin Celcom mampu penuhi syarat sertai kontrak rangkaian 5G

30 May 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Sinar Harian, 26 Mei 2022.

AXIATA Group Bhd (Axiata) yakin anak syarikatnya, Celcom Axiata Bhd (Celcom) berupaya untuk menyertai kontrak rangkaian 5G dan mendapatkan pegangan saham dalam Digital Nasional Berhad (DNB) sebelum tarikh tamat ditetapkan kerajaan iaitu 30 Jun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Datuk Izzaddin Idris berkata, Celcom mempunyai pelan cadangan bagi langkah penyertaan tersebut berdasarkan daripada proses ditetapkan DNB.

“Kami sedang mengikuti proses itu dan diharap dapat membuat pengumuman dalam masa terdekat.

“Kami cuba sedaya upaya memenuhi tarikh akhir ditetapkan dan syarat dinyatakan oleh DNB dan penasihatnya. Jadi ya, Celcom akan dapat memenuhi tarikh akhir itu," katanya sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-30 Axiata di Kuala Lumpur pada Khamis.

Pada 23 Mei lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata, beliau telah memaklumkan kepada beberapa syarikat telekomunikasi utama bahawa kerajaan tetap dengan pendiriannya berkenaan tarikh akhir penyertaan dalam rangkaian 5G dan pembelian pegangan saham dalam DNB.

Pada ketika ini, hanya Telekom Malaysia dan YTL Communications yang telah berseutju untuk menyertai pelan 5G yang dirancang oleh kerajaan.

Izzaddin memaklumkan, terdapat sebanyak sembilan syarikat penyedia rangkaian mudah alih telah dijemput untuk proses penyertaan ke dalam rangkaian 5G itu antaranya DiGi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd and U Mobile Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Izzaddin berkata, mesyuarat luar biasa yang diadakan selepas AGM kali ini menyaksikan majoriti pemegang saham meluluskan cadangan pelan pengembangan perniagaan rantau syarikatnya di Indonesia melalui pengambilalihan PT Link Net Tbk (Link Net).
 

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”