Berita dan Pandangan 5G

Celcom aktifkan 5G untuk pelanggan 9 pelan ini bermula 1 November 2022

07 November 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di SoyaCincau, 31 Oktober 2022.

Pengguna Celcom akan mula menikmati capaian 5G di telefon terpilih bermula 1 November 2022 rentetan pengumuman telco itu memeterai perjanjian akses bersama-sama Digital Nasional Berhad (DNB). Sekiranya anda termasuk dalam pengguna pelan terpilih dan telefon anda menyokongnya, anda akan beroleh capaiain Internet pecuma sekiranya anda bersambung kepada 5G tanpa sebarang bayaran tambahan, sehinggalah diberitahu sebaliknya.

Berikut adalah senarai pelan yang bakal menerima sambungan 5G pada 1 November 2022

Pascabayar

Kesemua pelan Celcom Mega diberikan sambungan 5G bermula dengan yang paling murah iaitu Mega 80 hinggalah yang paling premium iaitu Mega 188.

Dua lagi pelan yang diberikan sambungan 5G adalah pelan legasi yang tidak lagi ditawarkan kepada pengguna baharu, tapi masih ada pelanggannya iaitu Xpax Postpaid 40 dan Xpax Postpaid 60.

Prabayar

Sokongan untuk prabayar agak terhad. Dalam banyak-banyak pelan prabayar ditawarkan, hanya dua paling premium diberikan sambungan iaitu Mix & Match 35 dan Mix & Match 45. Ingat, hanya pelan High Speed sahaja akan terima 5G, yang pelan LTE Unlimited tidak akan terima.

Peranti apa yang menyokong 5G Celcom?

Daripada segi peranti yang akan menyokong servis 5G Celcom, pihak telco tidak memberikan senarai komprehensif sebaliknya hanya memberikan senarai jenama sahaja. Senarai itu mengandungi jenama seperti:

Honor
Huawei
Nokia
Oppo
Realme
Vivo
Xiaomi
ZTE
Samsung
Blackshark
Asus
OnePlus

Perlu diingatkan yang walaupun telefon X boleh bersambung dengan 5G telco A, tidak semenstinya ia akan berfungsi dengan 5G telco B disebabkan isu pengiktirafan untuk bersambung dengan sesuatu telco bergantung kepada kerjasama pengeluar telefon dengan telco.

Sebab itulah cakap-cakap ada mengatakan yang atas sebab itulah iPhone sehingga hari ini tidak menyokong 5G.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”