Berita dan Pandangan 5G

Celcom mula uji 5G, tawar data tanpa had percuma di lokasi terpilih

19 September 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Agenda Daily, 14 September 2022.

Celcom mula menguji penawaran rangkaian 5G mereka dengan apa yang dinamakan oleh syarikat telekomunikasi itu sebagai “Percubaan Pengguna Mesra (FUT)”, yang akan memberikan pelanggan terpilih akses kepada 5G di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia.

Menurut soalan lazim ditanya (FAQ) di laman sesawang mereka, Celcom mengatakan bahawa pengguna yang dipilih untuk percubaan akan dimaklumkan melalui pemberitahuan khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa mereka telah menerima peruntukan 5G.

Sebaik sahaja mereka mendapat pemberitahuan, pengguna harus mendapat akses kepada perkhidmatan 5G secara automatik dan melihat ikon 5G dalam bar status di bahagian atas sebelah kanan skrin telefon mereka.

Bagaimanapun, mereka juga perlu mengambil perhatian bahawa liputan pada masa ini hanya terhad kepada kawasan tertentu.


Bagi mereka yang masih tidak mempunyai akses 5G walaupun telah menerima pemberitahuan SMS, pengguna harus terlebih dahulu memastikan bahawa mereka berada di salah satu kawasan liputan di bawah.

Rawang

Selayang

Kepong

Sentul

Setapak

Mont Kiara

Chow Kit

KLCC

Bangsar

Cheras

Kuchai Lama

Bukit Jalil

Putrajaya

Johor Bahru

Pulau Pinang

Untuk butiran lanjut mengenai tapak 5G yang aktif, pengguna boleh menyemak peta liputan interaktif di laman web Digital Nasional Berhad (DNB). Senarai peranti yang serasi juga disertakan pada halaman berkenaan.

Sekiranya isu itu berterusan, Celcom mengesyorkan agar anda menyemak tetapan rangkaian mudah alih dalam peranti dan pastikan anda membuat pilihan “5G/LTE/3G/2G (Auto Connect)”.

“Sekiranya ini tidak menyelesaikan isu, pengguna boleh melaporkan masalah melalui borang aduan dalam talian.”

Ketika tempoh percubaan, semua penggunaan data 5G adalah percuma sehingga diberitahu kelak, dengan penggunaan tidak dikira dalam sebarang kuota sedia ada dalam pelan data pelanggan. Pada masa ini, tiada tarikh tamat untuk percubaan itu dikongsi oleh Celcom.

FUT juga akan menawarkan perayauan 5G di 15 negara dengan pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan, dengan Celcom berkata bahawa lebih banyak lagi akan ditambah tidak lama lagi.

Mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan perayauan 5G perlu melanggan pelan Celcom Passport secara berasingan.

Mereka yang berminat boleh menyemak senarai penuh pengendali rangkaian yang menyokong perayauan 5G di laman sesawang Celcom.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”