Bilik Berita DNB

Digital Nasional Berhad Membalas Artikel Amanz.my

18 February 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Digital Nasional Berhad (DNB) mengambil maklum kepada artikel yang bertajuk “DNB Membuang Samsung Daripada Peranti Yang Disokong, Mengurangkan Kelajuan Purata 5G,” diterbitkan pada 11 Februari 2022 di portal berita teknologi dan gaya hidup, Amanz.my.  Artikel tersebut mengatakan bahawa DNB telah mengeluarkan peranti 5G Samsung dari laman web DNB. 

DNB mengalu-alukan kesemua jenama dan berusaha untuk memangkin ekosistem peranti yang aktif untuk rangkaian 5G Malaysia.  Ini memerlukan kepelbagaian peranti mampu-5G yang luas untuk menjadi inklusif dan memenuhi semua belanjawan – dari telefon pintar peringkat permulaan hinggalah model mewah.  Oleh it, sila ambil perhatian bahawa ketersediaan peranti 5G terletak dalam bidang kuasa pengeluar peranti masing-masing. 

Sebagai penjelasan, pada awal ketersediaan rangkaian 5G pada 15 Disember 2021, beberapa peranti 5G didapati mempunyai isu berkatian panggilan suara VoLTE.  Isu-isu ini telah dibangkitkan kepada pemilik jenama yang berkaitan.  Mereka sedang berusaha membangunkan kemas kini perisian tegar yang diperlukan dan ini dijadual siap pada akhir suku pertama 2022. 

Perlu juga diingatkan bahawa DNB tidak “mengesahkan” atau “meluluskan” mana-mana peranti 5G.  Kami menyediakan kemudahan untuk pengilang menjalankan ujian seperti ujian statik awal, serta laluan ujian supaya ujian pemanduan di jalan raya boleh diadakan bagi membolehkan peranti dikonfigurasikan, serta kemas kini perisian tegar agar serasi dengan rangkaian 5G.  Pensijilan peranti diterajui oleh SIRIM – dibawah bimbingan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) – sebagaiman prosedur standard.    

Bagi purata kelajuan 5G yang dirujuk dalam artikel, DNB sentiasa komited untuk memastikan bahawa purata kelajuan penghantaran muat turun adalah 100 Mbps.  Kelajuan yang dicatatkan dalam laman web DNB (583.27 Mbps pada masa kenyataan ini dibuat) sentiasa dikemas kini untuk memastikan pengguna mendapat maklumat terkini. 

Memandangkan trafik pada rangkaian sentiasa meningkat mengikut masa, kelajuan muat turun akan berkurangan secara beransur-ansur, dan akan stabil pada 100 Mbps, seperti komitmen yang dijanjikan oleh DNB.   

Kelajuan sambungan dipengaruhi oleh beberapa faktor.  Ini termasuklah – tetapi tidak terhad kepada – jenis peranti, jarak peranti kepada test server serta pelayar web yang digunakan untuk menguji kelajuan sambungan.  Secara umumnya, semakin dekat jarak test server kepada peranti anda, lebih cepat catatan ujian kelajuan. 

Sila rujuk kepada Soalan Lazim untuk maklumat lanjut.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”