Bilik Berita DNB

Digital Nasional Berhad Menuju Sasaran 80% Liputan 5G di Seluruh Negara pada 2024; melepasi sasaran 2022, kini mencecah hampir ~50% liputan

02 January 2023

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

KUALA LUMPUR, 02 JANUARI 2023 – Digital Nasional Berhad (DNB) dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa pelaksanaan rangkaian 5G Malaysia telah mencecah hampir 50% liputan di kawasan berpenduduk (COPA) dengan sekitar 3,900 tapak setakat akhir 2022 sekali gus melepasi sasaran awal sebanyak 40%.

DNB kini memberikan tumpuan penuh ke arah mencapai komitmen 80% COPA menjelang akhir 2024 atau lebih awal. Rangkaian tersebut kini telah mencapai 15 juta penduduk serta bakal melebihi 30 juta penduduk dan perniagaan apabila dilaksanakan sepenuhnya nanti.

DNB menerima sokongan penuh daripada pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan yang telah mempercepatkan kelulusan bagi meneruskan pelaksanaan 5G. Hasil daripada itu, DNB kini berjaya menyelesaikan pelaksanaan tapak yang sebelum ini tertangguh dan seterusnya mencapai tahap pelaksanaan yang lebih pantas sepanjang bulan lalu.

Buat masa ini, DNB telah mencapai lebih daripada 90% liputan di kawasan berpenduduk ke seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, selain sekitar 50% di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Negeri-negeri lain pula kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan, dan akan turut mencapai pelaksanaan rangkaian penuh menjelang 2024 ataupun lebih awal. 
 

Liputan 5G di seluruh Negara

Liputan 5G di seluruh Negara

*Rangkaian 5G kini telah melebihi 95% liputan di lokasi bandar padat (Kuala Lumpur) dan bandar-bandar utama (Putrajaya, Cyberjaya, Johor Bahru, Georgetown) di seluruh negara

 

Ketua Pegawai Operasi DNB, Nasution Mohamed, berkata “Setelah melepasi sasaran liputan rangkaian untuk 2022, kami kini sedang mengadakan kerjasama rapat dengan rakan Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) dan pengeluar peranti untuk mempromosikan dan menggalakkan penggunaan 5G di seluruh negara pada tahun 2023. Pihak MNO juga telah memperkenalkan pelbagai pelan data 5G kepada pelanggan mereka dengan harga runcit yang sangat menarik bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan 5G tersebut.”

Setakat ini, lima MNO di Malaysia - Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd, U Mobile Sdn Bhd and YTL Communications Sdn Bhd (YES) – telah mula menyediakan perkhidmatan runcit 5G kepada lebih daripada 20 juta pelanggan mereka, selepas menandatangani Perjanjian Akses 5G masing-masing dengan DNB pada 31 Oktober 2022 yang lalu.

Walau bagaimanapun, pelanggan Maxis Bhd masih belum dapat mengakses perkhidmatan 5G buat masa ini sementara menunggu kelulusan daripada para pemegang saham mereka bagi melaksanakan Perjanjian Akses 5G dengan DNB yang dijangka bakal berlangsung sekitar Januari tahun ini. 

Peningkatan besar dalam trafik rangkaian 5G dan kadar penggunaan telefon pintar serasi 5G

Peranti serasi 5G terus menembusi pasaran, dengan kira-kira 8 juta peranti sudah menjadi milik pengguna setakat akhir 2022. Pertumbuhan diramalkan akan berganda pada tahun ini dan menjangkau 40 juta peranti menjelang 2030.

Apple merupakan pengeluar peranti terkini yang membekalkan kemas kini perisian tegar di Malaysia untuk menjadikan iPhone 12 dan ke atas serasi dengan rangkaian 5G. Terdapat 15 jenama peranti yang kini menawarkan lebih daripada 100 peranti serasi 5G kepada pengguna dalam pasaran Malaysia, dari model-model utama sehinggalah model yang lebih menjimatkan. Penawaran tersebut, ditambah pula dengan pelan data 5G runcit daripada lima MNO yang terlibat, sudah tentu akan mempercepatkan lagi penggunaan dalam kalangan pengguna akhir dalam tempoh beberapa tahun akan datang. 

Sejak pelancaran perkhidmatan 5G oleh lima MNO, penggunaan rangkaian 5G Malaysia telah meningkat 8x daripada 32TB kepada 253TB sehari, dengan 90,000 pengguna serentak setakat 30 Disember 2022. Rangkaian 5G ini mempunyai purata kelajuan muat turun 380 Mbps (yang setara dengan penanda aras global lain yang dilaporkan) berbanding purata kelajuan muat turun 4G iaitu 35 Mbps.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”