Kelebihan 5G Perusahaan
Perusahaan Menegak
Blog
10 January 2023
Mendayakan pendidikan digital melalui ‘MY5G Ericsson Malaysia Pioneers Programme’ untuk pelajar peringkat pengajian tinggi
KUALA LUMPUR, 10 JANUARI 2023 – Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson (NASDAQ: ERIC) dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran program akademik dalam talian percuma mengenai teknologi digital dan 5G untuk semua pelajar di peringkat pengajian tinggi di seluruh negara. ‘My5G Ericsson Malaysia Pioneers Programme’, yang bakal disiarkan secara langsung dalam talian bermula 11 Januari 2023 ini memenuhi objektif DNB untuk menyumbang ke arah pembangunan bakat dalam bidang teknologi di seluruh negara. Hal ini merupakan satu langkah penting dalam merealisasikan sebuah ekosistem teknologi yang didayakan 5G sepenuhnya dan juga selaras dengan aspirasi ekonomi digital jangka panjang Malaysia.
Sebagai pemangkin transformasi sosioekonomi Malaysia pada masa kini, teknologi 5G turut sama membentuk masa depan pendidikan negara. Kita perlu menyediakan akses kepada alatan dan bahan untuk generasi akan datang dalam usaha untuk membangunkan pemimpin masa depan yang menerima manfaat 5G. Terdapat keperluan untuk memupuk generasi baharu pelajar yang berdikari dan mempunyai motivasi kendiri.
Sebagai sebuah kursus pembelajaran tersuai pertama mengenai 5G dan teknologi digital yang ditawarkan oleh Ericsson di seluruh negara, program ini telah disusun khas untuk pelajar Malaysia dan direka untuk menyampaikan kandungan pembelajaran selama 42 jam. Program ini juga bertujuan untuk menambah kemahiran dan pengetahuan digital selain meningkatkan kesedaran tentang teknologi baru muncul atau emerging technologies. Hal ini akan membolehkan para pelajar mengembangkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan kemahiran yang berubah-ubah dalam dunia digital hari ini.
'My5G Ericsson Malaysia Pioneers Programme’ terdiri daripada tiga modul yang memberi pemahaman berkenaan fungsi teknologi dan aplikasi perkhidmatan digital secara terperinci kepada para pelajar. Sepanjang proses pembelajaran bagi ketiga-ketiga modul tersebut, pelajar akan diminta untuk membangunkan satu penyelesaian bermula daripada idea dan prototaip teori kepada pembentangan jualan penuh kepada bakal pembeli contoh. Pelajar akan menduduki penilaian dalam talian bagi setiap modul, dan memperoleh lencana digital Ericsson selepas menyelesaikan setiap penilaian.
Sebagai sebahagian daripada kurikulum, pelajar juga diberikan peluang untuk menangani masalah sebenar dalam pelbagai industri dan sektor di Malaysia secara kreatif, melalui penemuan dan dengan menganalisis serta membangunkan penyelesaian digital yang dikuasakan AI. Penyelesaian digital tersebut akan menangani masalah berkaitan perniagaan yang berbeza ke arah mewujudkan impak sosial dan persekitaran yang positif.
Dr Ahmad Helmi Bin Azhar, Pengarah ’MY5G Ericsson Malaysia Pioneers Programme’ di DNB berkata: “Rangkaian 5G nasional yang berkembang pesat akan menjadi pengimbang utama, mendayakan peluang digital dan pekerjaan baharu di seluruh kawasan bandar dan luar bandar serta membantu merapatkan jurang digital. Satu-satunya cara untuk memajukan ekonomi negara adalah dengan memupuk bakat dan meningkatkan keupayaan kita dari segi kreativiti dan inovasi. Sistem pendidikan negara haruslah dibentuk agar kekal memberi manfaat di masa hadapan dengan menjadikan sekolah-sekolah sebagai inkubator penting di mana bakat muda didedahkan kepada teknologi dan aplikasi masa depan. Selain berusaha untuk terus mempercepatkan penggunaan rangkaian 5G negara, kami juga menyediakan asas ekonomi digital dan membantu memacu celik digital di Malaysia.”
Ellen Alarilla, Pengurus Program Kelestarian dan Tanggungjawab Korporat untuk Ericsson di Asia Tenggara, Oceania dan India berkata, “Kami berbangga kerana dapat menyumbang kepada pembangunan ekosistem 5G dengan melancarkan kursus ini kepada semua pelajar di peringkat pengajian tinggi di seluruh negara. Ericsson percaya dunia yang mempunyai ketersambungan tanpa had akan menambah baik kehidupan, mentakrifkan semula perniagaan dan merintis masa depan yang mampan, dan visi ini hanya boleh direalisasikan dengan memastikan para pelajar mendapat akses kepada kandungan pendidikan berkualiti mengenai 5G dan teknologi yang berkaitan.” Beliau juga menyatakan, “Kami berbesar hati kerana dapat membantu melengkapkan tenaga kerja dan pemimpin masa depan negara dengan kemahiran yang mereka perlukan untuk berkembang maju dan memimpin dalam ekonomi yang dipacu 5G. Kami akan terus menjalinkan kerjasama dengan DNB bagi mewujudkan infrastruktur 5G bertaraf dunia untuk Malaysia.”
Pelajar yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ’ MY5G Ericsson Malaysia Pioneers Programme’ boleh melayari halaman ini atau mendaftar melalui pautan ini, secara dalam talian bermula 11 Januari 2023.
Pautan berkaitan:
Program Kelestarian dan Tanggungjawab Korporat Ericsson
NOTA KEPADA EDITOR:
IKUTI KAMI:
Langgan siaran media Ericsson di sini
Langgan siaran blog Ericsson di sini
https://twitter.com/ericsson
https://www.facebook.com/ericsson
https://www.linkedin.com/company/ericsson
MAKLUMAT LANJUT DI:
Ericsson Newsroom
media.relations@ericsson.com (+46 10 719 69 92)
investor.relations@ericsson.com (+46 10 719 00 00)
Mengenai Ericsson
Ericsson membolehkan penyedia perkhidmatan komunikasi dan perusahaan memanfaatkan nilai kesalinghubungan dengan sepenuhnya. Portfolio syarikat merangkumi bidang perniagaan seperti berikut: Rangkaian, Perisian dan Perkhidmatan Awan, Penyelesaian Tanpa Wayar Perusahaan, Platform Komunikasi Global, serta Teknologi dan Perniagaan Baharu. Ia direka untuk membantu pelanggan kami mengamalkan pendigitalan, meningkatkan kecekapan dan meneroka aliran pendapatan baharu. Pelaburan Ericsson dalam inovasi telah menyampaikan manfaat mobiliti dan jalur lebar mudah alih kepada berbilion individu di seluruh dunia. Saham Ericsson disenaraikan di Nasdaq Stockholm dan di Nasdaq New York. www.ericsson.com
Mengenai Digital Nasional Berhad (DNB)
Digital Nasional Berhad (DNB) adalah anak syarikat Menteri Kewangan Inc, yang telah diberi mandat untuk untuk membangun dan melancar rangkaian dan infrastruktur 5G Malaysia pada jadual yang dipercepatkan. DNB akan memiliki, membina dan mengurus rangkaian 5G secara eksklusif, serta menyediakan perkhidmatan 5G secara borong kepada penyedia perkhidmatan berlesen. Ia juga menyediakan perkhidmatan infrastruktur dan teknologi untuk menyokong dan meningkatkan perniagaan dan keupayaan kerajaan. DNB dilesenkan sebagai pengendali telekomunikasi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sila layari www.digital-nasional.com.my untuk maklumat lanjut.
Hubungan Media Digital Nasional Berhad:
Timothy Johnson
Ketua, Pengurusan Jenama
timothy.johnson@digital-nasional.com.my
+6017 390 6494
Oliver Christopher Gomez
Komunikasi Korporat
oliver.gomez@digital-nasional.com.my
+6017 687 3318
Hubungan media corp.comms@digital-nasional.com.my
Berita terkini dari kami