Berita dan Pandangan 5G

Empat syarikat mantapkan lagi rangkaian 5G di Malaysia

25 October 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Berita Harian, 14 Oktober 2022.

KUALA LUMPUR: Perjanjian langganan saham (SSA) membabitkan 65 peratus pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) daripada empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO) akan menjadikan infrastruktur rangkaian 5G di Malaysia semakin kukuh.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Sdn Bhd (YES), Wing K Lee, berkata pegangan ekuiti itu akan membolehkan capaian 5G di negara ini dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, sekali gus memberikan kelebihan kepada rakyat.

Beliau berkata, sebagai pengendali MNO yang mempunyai pegangan ekuiti terbesar iaitu sebanyak 20 peratus, ini akan membolehkan YES memperluaskan penguasaan pasarannya.

Katanya, YES juga menjadi penyedia MNO tunggal yang menyediakan perkhidmatan 5G kepada pengguna ketika ini.

"Perjanjian empat MNO ini akan menjadikan sasaran capaian 5G akan lebih cepat dengan sasaran sebanyak 40 peratus liputan pada tahun ini dan 80 peratus menjelang 2024.

"Sebagai negara membangun, kita memerlukan sambungan 5G yang kukuh dan pantas kerana ingin bergerak ke hadapan. 5G akan memainkan peranan besar dalam mengubah pelbagai aktiviti di masa hadapan.

"Justeru, YES berbangga menjadi antara pengendali MNO yang sudah menyediakan rangkaian 5G kepada rakyat," katanya selepas merasmikan Pusat Pengalaman Yes di pusat beli-belah Lot 10 dekat sini, hari ini.

Empat MNO baru-baru ini memeterai SSA membabitkan 65 peratus pegangan ekuiti dalam DNB.

Celcom Axiata Bhd dan Digi Telecommunications Sdn Bhd masing-masing memegang 12.5 peratus kepentingan manakala YES dan Telekom Malaysia Bhd (TM) pula masing-masing sebanyak 20 peratus.

Baki 35 peratus akan dipegang oleh kerajaan yang juga pemegang saham khas yang memberi pelbagai hak dan kepentingan serta melibatkan aspek seperti pemilikan, penjualan atau pemindahan saham di pihak kerajaan.

Di bawah syarat-syarat SSA dan struktur tadbir urus yang dipersetujui oleh semua pihak, mana-mana MNO tunggal tidak boleh mempunyai pegangan melebihi 20 peratus dalam DNB dan sekiranya berlaku penggabungan antara MNO terbabit, entiti gabungan tidak boleh mempunyai pegangan melebihi 25 peratus.

Sementara itu, Lee berkata YES berhasrat memberikan pengalaman 5G yang lebih meluas kepada pelanggan dan antara antara langkah yang akan dilaksanakan adalah menaik taraf 20 kemudahan Pusat Pengalaman YES bagi memberikan pengalaman serta memperkenalkan 5G secara lebih dekat.

Beliau berkata, langkah itu juga selaras dengan misi YES untuk membolehkan ketersambungan 5G untuk semua rakyat.

Katanya, pusat pengalaman itu bertujuan untuk memberikan gambaran masa depan ketersambungan 5G dalam mengubah gaya hidup, bekerja, dan berhibur dalam persekitaran yang semakin saling terhubung dengan pelbagai peranti.

"Dengan pelancaran rasmi Pusat Pengalaman YES yang pertama, kami bangga untuk melangkah setapak lagi ke hadapan seiring dengan misi kami '5G Untuk Semua' dengan menyediakan sebuah ruang berteknologi maju buat komuniti untuk bekerja dan berhibur,sambil menikmati pengalaman yang Yes 5G tawarkan," katanya.

YES turut menjalin kerjasama dengan Shopee bagi memberikan pulangan berterusan melalui program eksklusif, Yes 5G Databack.

Ia akan menawarkan ganjaran data 5GB kepada pengguna Prabayar dan Pascabayar YES 5G dan 4G bagi setiap perbelanjaan bernilai RM50 dalam platform e-dagang itu.

Sehingga kini, lebih 13.7 juta pengguna telah menerima Yes Databack, dengan jumlah keseluruhan pengagihan Databack sebanyak 2.46 bilion GB, dan jumlah tersebut akan terus meningkat dengan Yes 5G Databack.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”