Berita dan Pandangan 5G

Harap 5G dinikmati semua peringkat pengguna

22 February 2023

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di myMetro 18 Februari 2023.

Kuala Lumpur: Jaringan telekomunikasi Generasi Kelima (5G) dapat membantu perkembangan ekonomi khususnya di Sarawak sekali gus diperluaskan di semua pelusuk termasuk kawasan pendalaman.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Liwan Lagang berkata, ketersambungan jaringan Internet adalah sangat penting ketika ini bukan saja untuk industri tetapi landskap pendidikan.

"Pada hari ini, saya sendiri melihat demonstrasi jaringan 5G serta keupayaannya dan saya sangat tertarik dengan masa depan jaringan ini jika ia diperluaskan di semua lokasi terutamanya di kawasan pendalaman di Sarawak.

"Kita melihat bahawa penyampaian pendidikan boleh dilakukan secara interaktif dengan jarang yang jauh dengan tempoh waktu sebenar tanpa kelengahan, ini sesuatu yang baik.

"Bagaimanapun, saya turut mengharapkan bahawa ketersambungan 5G ini dapat dinikmati untuk semua peringkat pengguna khususnya di Sarawak tidak mengira lokasi mereka dan tidak hanya tertumpu di bandar-bandar saja," katanya ketika ucapan penutup demonstrasi Teknologi 5G Digital Nasional Berhad (DNB) - Ericsson di Universiti Curtin, Miri, Sarawak.

Liwan berkata, pihaknya juga melihat bahawa ketersediaan jaringan 5G ini akan meningkatkan tahap ekonomi negeri berkenaan sekali gus meningkatkan keupayaan industri secara menyeluruh.

"Ketersambungan ini sangat penting untuk semua rakyat Sarawak, tidak mengira di mana mereka berada dan saya melihat keupayaan 5G ini mempunyai masa depan yang sangat baik.

"Sudah menjadi harapan semua pihak khususnya rakyat Sarawak, jaringan ini akan dapat dinikmati secara meluas dan menyeluruh tidak lama lagi," katanya.

Pada Oktober lalu, 90 daripada 339 tapak 5G sudah siap sepenuhnya membabitkan kawasan Kuching, Bintulu dan Miri.

Januari lalu, DNB mengumumkan jaringan 5G di seluruh negara sudah mencapai hampir 50 peratus untuk liputan di kawasan berpendudukan (COPA).

DNB mensasarkan akan mencapai 80 peratus jaringan penghujung 2024 yang merangkumi lebih 30 juta pengguna serta perniagaan.

Kawasan Kuala Lumpur menjadi lokasi paling tinggi peratusan COPA iaitu 97.5 peratus diikuti oleh Putrajaya dengan 97.1 peratus dan Selangor dengan 89.5 peratus.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”