Berita dan Pandangan 5G

Kadar penembusan 5G cecah 10 peratus 2023

24 January 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Bharian, 24 January 2022.

 

KUALA LUMPUR: Digital Nasional Bhd (DNB) menjangkakan kadar penembusan 5G di negara ini akan mencecah 10 peratus pada 2023 dan kira-kira 65 peratus menjelang akhir 2024.

RHB Research dalam nota penyelidikannya berkata, berdasarkan kemas kini yang diberikan oleh DNB, garis masa yang disasarkan itu adalah agresif mengambil kira ia mengambil masa lebih lima tahun liputan penduduk 4G/LTE dan penembusan 4G untuk masing-masing mencecah 90 peratus dan 60 peratus.

"DNB kini sudah memperoleh lebih daripada 700 tapak 5G, dengan 533 tapak sedang beroperasi (Fasa 1A) meliputi sebahagian kawasan Lembah Klang, Cyberjaya dan Putrajaya.

"Ia berhasrat untuk mengendalikan tambahan 3,500 tapak bagi meliputi 40 peratus penduduk menjelang akhir 2022 dengan liputan penduduk diperluaskan kepada melebihi 80 peratus menjelang 2025 (7,509 tapak) dan lebih 90 peratus (10,167 tapak) menjelang 2027," katanya.

Sementara itu, RHB Research berkata, dalam pertemuannya bersama DNB baru-baru ini, syarikat tujuan khas (SPV) 5G di Malaysia itu menegaskan bahawa model rangkaian borong berkembar (DWN), walaupun belum diputuskan, boleh mencetuskan lebih banyak cabaran, melewatkan pelaksanaan 5G dan menyumbang kepada kapasiti berlebihan dalam jangka panjang.

Ia berkata, model konsortium yang dicadangkan sebelum ini bukan sesuatu yang baharu ketika pengendali rangkaian mudah alih (MNO) tidak dapat mencapai persetujuan mengenai model operasi dan objektif strategik.

"DWN juga akan menafikan mandat strategik DNB yang dipacu bekalan, menyebabkan potensi kos lebih tinggi untuk menyediakan perkhidmatan (memandangkan trafik dan pendapatan akan dikongsi).

"Konsortium rangkaian borong, dipercayai, akan bertentangan dengan rangka kerja kawal selia semasa memandangkan MNO akan turut menawarkan perkhidmatan runcit 5G," katanya.

Kerajaan sebelum ini menjelaskan akan membuat keputusan berhubung model rangkaian borong tunggal (SWN) bulan ini.

RHB Research menambah, DBB berharap empat MNO akan memeterai perjanjian borong 5G, selepas pelbagai pelarasan dibuat kepada terma komersial di bawah tawaran akses tujuan (RAO), yang akan diterbitkan bulan depan.

"Selain isu awal berhubung penetapan harga dan tempoh kontrak borong, DNM berpandangan bahawa MNO akhirnya akan menerima bahawa ada keperluan untuk menyerahkan kawalan ke atas rangkaian mereka, dengan fokus beralih kepada usaha menyediakan produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang inovatif," katanya.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”