Berita dan Pandangan 5G

Karnival E-Sports MOF 2022 guna teknologi 5G, tarik minat 297 peserta

04 April 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Bernama, 26 Mac 2022.

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) - Seramai 297 peserta menyertai kejohanan e-sukan yang pertama di negara ini menggunakan teknologi 5G, Karnival E-Sports Kementerian Kewangan (MOF) 2022 bermula hari ini esok.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata penggunaan teknologi 5G pada karnival itu sebagai pendokong kepada capaian Internet bagi akses kepada permainan yang dipertandingkan.

"Karnival ini merupakan antara cara MOF menyokong penggunaan teknologi 5G yang diharapkan akan membawa Malaysia menerajui ekonomi digital di rantau ini.

"Pada masa ini, rangkaian 5G tersedia di beberapa kawasan di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur dan sasaran kadar penembusan 5G di negara ini dijangka akan mencecah 80 peratus kawasan berpenduduk negara menjelang 2024," katanya dalam kenyataan hari ini.

Karnival yang diadakan di Dewan Utama, Kompleks MOF, Putrajaya itu desertai perserta daripada anggota Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kementerian Kewangan (MKSAKK) dengan sasaran untuk mengenal pasti bakat e-sukan dalam kalangan warga MKSAKK bagi tujuan pendedahan kepada sukan e-sukan yang lebih kompetitif.

Permainan yang dipertandingkan ialah Player Unknown Battleground Moble (PUBGM), Mobile Legend (ML) dan FIFA 22.

Karnivak ini diadakan dengan kolaborasi strategik antara MOF dan beberdapa agensi syarikat berkaitan kerajaan dan pihak swasta Digial Nasional Berhad (DNB), Ericsson Malaysia Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd, YTL Corporation Bhd, Xiaomi Malaysia Sdn Bhd, Oppo Electronics dan IESPA Sdn Bhd. - Bernama

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”