Berita dan Pandangan 5G

Kelajuan 5G Malaysia terpantas di Asia Tenggara, ketiga di dunia - Fahmi Fadzil

26 October 2023

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Astro Awani, 26 Oktober 2023.

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Astro Awani) --

Kelajuan rangkaian 5G Malaysia merupakan terpantas di Asia Tenggara dan ketiga di peringkat global dengan median kelajuan 485.25Mbps.
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, itu membuktikan komitmen kerajaan terutama kementeriannya dalam memastikan kualiti rangkaian 5G bertaraf dunia dibangunkan di Malaysia.

"Dalam ucapan saya tadi juga menyatakan Malaysia kekal sebagai negara dengan rangkaian 5G terpantas di Asia Tenggara dan ketiga terpantas di dunia.

"Apa yang kita buat dengan Portal My5G... menunjukkan sama ada rakyat biasa, pihak akademia dan juga industri bagaimana mereka boleh menggunakan teknologi berasaskan 5G hari ini," jelasnya.

Jelasnya, pencapaian itu diukur berdasarkan keputusan terkini data Perisikan Speedtest Ookla bagi suku ketiga 2023.

Tambah Fahmi, sehingga hujung September, liputan rangkaian 5G telah mencapai 70.2 peratus di negara ini.

Mengulas mengenai pelancaran 'Portal My5G', beliau berkata ia menunjukkan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab digital.

"Saya sangat berbangga kerana telah menyaksikan 'Experience Centre' dari awal, sekarang telah siap dan dilancarkan.

"Mulai esok, (kita) akan terima pengunjung kita harap rakyat Malaysia dari Lembah Klang dan seluruh negara untuk tampil dan saksikan," katanya lagi.

Pusat yang dibangunkan Digital Nasional Berhad (DNB) dengan kerjasama Ericsson dan 20 rakan penyelesaian tempatan dan antarabangsa itu berfungsi sebagai pemangkin rangkaian 5G kepada sektor awam dan swasta.

Antara yang dipaparkan, keupayaan sebenar teknologi menggunakan rangkaian 5G dalam ruang automasi, kecerdasan buatan (AI), realiti lanjutan (X) dan robotik.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Portal My5G di ibu negara pada Khamis.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”