Berita dan Pandangan 5G

Kelajuan Muat Turun 5G Di Malaysia Adalah 16.8 Kali Lebih Pantas Daripada 4G - Opensignal

29 November 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Wiser, 11 November 2022.

Opensignal melalui laporan terbaharu telah menunjukkan purata kelajuan muat turun pengguna di Malaysia menerusi rangkaian 5G adalah 16.8 kali lebih pantas berbanding 4G.

Walaupun rangkaian 5G masih baharu di Malaysia, ia telah pun menunjukkan peningkatan yang lebih baik untuk purata kelajuan muat turun berbanding rangkaian 4G sedia ada.

Dinyatakan, kelajuan muat turun memperlihatkan purata 284.9 Mbps apabila disambungkan ke rangkaian 5G. Ia merupakan peningkatan sebanyak 267.9 Mbps atau 16.8 kali lebih pantas berbanding rangkaian 4G dengan 16.9 Mbps.

Sebagai tambahan, Malaysia mempunyai purata kelajuan muat turun 5G sebanyak 180.2 Mbps (172.2%) lebih tinggi daripada Thailand (104.7 Mbps), tetapi 47.7 Mbps (14.3%) lebih rendah jika dibandingkan dengan purata kelajuan muat turun 5G di Singapura (332.6 Mbps).

Selain itu, laporan Opensignal turut memperlihatkan peningkatan dalam kelajuan muat naik dengan purata kelajuan menerusi 5G sebanyak 38.1 Mbps atau 6 kali lebih pantas daripada rangkaian 4G dengan purata 6.3 Mbps.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”