Berita dan Pandangan 5G

Keputusan perjanjian DNB ditentukan esok - MCMC

06 September 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Berita Harian, 28 Ogos 2022.

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata perbincangan mengenai perjanjian kepentingan Digital Nasional Bhd (DNB) berjalan dengan baik dan akan memenuhi tarikh akhir apabila pemeteraian oleh enam syarikat telekomunikasi akan diadakan pada 31 Ogos.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mempengerusikan mesyuarat pada 29 Ogos untuk memutuskan beberapa terma.

"Saya tahu apa yang akan diputuskan oleh MCMC dan ia baik untuk semua pihak. Saya yakin semua pihak boleh terima," katanya kepada pemberita pada acara Celcom Business Tech Week 2022 dan pelancaran Pusat Siber Lakuran Axiata (ACFC) hari ini.

Annuar berkata beliau telah bertemu wakil daripada MCMC dan DNB semalam untuk mengetahui perkembangan kedua-dua pihak.

"Sudah tentunya ada proses-proses yang sedang berjalan dan saya berbesar hati untuk memaklumkan bahawa keadaan berjalan dengan baik dan memenuhi semua tarikh akhir.

"Kemudian antara DNB dan syarikat telekomunikasi. Tentulah ada perbincangan terutamanya mengenai aset dan harga yang melibatkan MCMC sebagai pengawal selia," katanya.

Beliau juga telah bertemu Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Jumaat berhubung langkah penstrukturan semula untuk memberi laluan kepada kesemua enam syarikat telekomunikasi memegang 70 peratus kepentingan dalam DNB.

"Saya berbincang dengan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab terhadap DNB sebelum ia dipindahkan ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia," katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd Datuk Isham Nawawi berkata syarikat telekomunikasi telah menyepadukan lebih 1,000 tapak di bawah inisiatif 5G.

Ia mempunyai 39 rakan kongsi untuk menyokong pelancaran 5G, dan 24 daripadanya adalah syarikat tempatan.

ACFC telah dilancarkan untuk terus melindungi data digital untuk perusahaan.

Beliau berkata Celcom yakin ACFC akan menambah nilai yang penting ke arah merealisasikan aspirasinya untuk menjadi peneraju digital di rantau ini.

ACFC juga akan menjadi inkubator untuk mengembangkan dan membangunkan pakar siber Malaysia.

ACFC dilengkapi dengan keupayaan pertahanan dan serangan yang aktif, membolehkan tindakan yang lebih proaktif dan pencegahan untuk mengukuhkan tindak balas keselamatan siber untuk organisasi.

Ia turut menawarkan perlindungan daripada lebih 20 ancaman siber setiap hari dan sehingga 630 insiden setiap bulan berdasarkan pemantauan keselamatan siber 24/7/365.

ACFC memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di enam negara dan memantau lebih 10,000 sumber maklumat merangkumi teknologi maklumat dan aset rangkaian telekomunikasi.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”