Berita dan Pandangan 5G

Kerajaan Pertimbang Insentif Fiskal, Bantu Inisiatif 5G Syarikat Telekomunikasi

24 June 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Getaran, 18 Jun 2022.

UALA LUMPUR - Kerajaan bersedia mempertimbangkan insentif fiskal untuk membantu syarikat telekomunikasi beralih kepada 5G bagi mengurangkan sebarang kesan komersial jangka pendek dalam menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ketersediaan dan penggunaan 5G menyumbang kepada cita-cita digital negara di samping memastikan kesalinghubungan sebagai hak asas rakyat Malaysia

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, 5G akan melonjakkan ekonomi sebanyak RM650 bilion dan mewujudkan 750,000 pekerjaan bernilai tinggi mulai sekarang dan tahun 2030. Oleh itu, kejayaan pelaksanaan 5G kita adalah soal kepentingan awam," katanya dalam temu bual dengan The Straits Times semalam.

Dalam tempoh jangka sederhana hingga panjang, beliau berkata syarikat-syarikat telekomunikasi ini akan meraih faedah 5G tanpa memerlukan bantuan tambahan daripada kerajaan.

“Isu yang lebih besar ialah akses rakyat Malaysia dan perniagaan kepada teknologi 5G.

"Jika syarikat-syarikat telekomunikasi terutamanya yang lebih besar terus menangguhkan penyediaan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka seperti yang disebut oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia baru-baru ini, kementerian akan mempertimbangkan pilihan lain seperti mengeluarkan lesen baharu kepada pemain baharu untuk membolehkan penyediaan pantas perkhidmatan 5G di negara ini.

"Sememangnya kepentingan Malaysia dan rakyatnya mesti diutamakan daripada kepentingan komersial syarikat telekomunikasi," katanya.

Menurut Tengku Zafrul, peringkat pertama proses pengambilan ekuiti yang melibatkan pengumpulan maklum balas daripada syarikat-syarikat telekomunikasi mengenai dokumen perundingan sulit yang dikeluarkan oleh Digital Nasional Bhd (DNB) telah berjaya diselesaikan pada awal Jun.

“Kita kini berada di peringkat kedua iaitu pengagihan ‘Term Sheet’ untuk penyertaan ekuiti syarikat telekomunikasi.

"'Term Sheet' ini meringkaskan terma-terma utama yang mana DNB akan ditadbir sebagai entiti dengan Kementerian Kewangan (MoF) dan syarikat telekomunikasi sebagai pemegang saham. DNB dan syarikat telekomunikasi yang berminat kemudiannya akan berusaha untuk menandatangani ’Term Sheet" itu secepat mungkin,” katanya.

DNB ialah syarikat tujuan khas Malaysia yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

DNB ditubuhkan pada awal Mac 2021 untuk memacu pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia. - Bernama

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”