Berita dan Pandangan 5G

Lebih banyak lokasi luar bandar bakal 'disajikan' rangkaian 5G

02 August 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Sinar Harian, 24 Julai 2022.

KERAJAAN dijangka memperluaskan lagi perkhidmatan teknologi rangkaian generasi kelima (5G) di negara ini terutama melibatkan kawasan luar bandar pada masa akan datang.

Ia susulan apabila Parlimen Ketereh dipilih menjadi lokasi luar bandar pertama di Malaysia sebagai projek perintis untuk perkhidmatan internet berkelajuan tinggi tersebut.

Perkhidmatan 5G itu juga telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan disaksikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Kelantan, pada Sabtu.

Ketua Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, perkhidmatan terknologi internet 5G yang merupakan inisiatif kerajaan bersama Digital Nasional Berhad (DNB) dengan Telekom Malaysia Berhad dan YTL Communications itu akan memberi peluang kepada masyarakat menikmati rangkaian berkelajuan tinggi.

Ujarnya, teknologi 5G merupakan ‘game changer’ dan bakal membawa perubahan kepada rakyat dengan gaya hidup lebih pintar dan efisien seperti kemudahan internet berkelajuan tinggi bagi membolehkan pelbagai aktiviti dalam talian seperti e-dagang dan penstriman video, selain menjadikan pembelajaran secara maya lebih menarik.

“Perkhidmatan 5G ini menawarkan kelajuan internet sehingga melebihi 1,000 megabit (mb) per saat kepada pengguna berbanding 35mb per saat bagi teknologi 4G.

Teknologi 5G ini memiliki kemampuan kelajuan internet pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding 4G.

“Aplikasi 5G mempunyai kadar lengahan rendah serta berupaya menghubungkan lebih satu juta peranti bagi satu kilometer persegi,” katanya.

Sebelum ini, Annuar turut memberitahu bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bakal memilih 1,000 sekolah di seluruh negara untuk menerima rangkaian 5G, sekali gus memudahkan proses pengurusan dan pembelajaran di sekolah.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya masih menunggu 'lampu hijau' daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melaksanakan perancangan berkenaan.

Menurutnya lagi, K-KOMM sudah berunding dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta DNB yang bersetuju melancarkan pelaksanaan rangkaian 5G di sekolah termasuk di luar bandar dan pedalaman.
 

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”