Berita dan Pandangan 5G

Liputan 4G seluruh negara cecah 94 peratus - MCMC

30 September 2021

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Astro Awani, 30 September 2021.

KUALA LUMPUR: Liputan 4G di seluruh negara mencecah 94 peratus pada akhir Ogos 2021, berbanding 91.8 peratus pada Sept 2020.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), perkembangan memberangsangkan ini susulan inisiatif pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Dalam kenyataan pada Khamis, MCMC turut mendedahkan, purata kelajuan jalur lebar mudah alih negara juga mencapai 29.14 Mbps berbanding 25 Mbps sebelum ini.

Di samping itu, sejumlah 6.255 juta premis pula telah diliputi dengan rangkaian gentian optik dan jumlah berkenaan adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan 4.95 juta premis pada Sept 2020.

Tambah MCMC, secara keseluruhannya, di bawah Pelan JENDELA Fasa 1, sebanyak 1,661 menara komunikasi baharu dibina di kawasan bandar dan luar bandar yang dijangka bermula pada suku akhir tahun ini.

 

 

Turut dilaksanakan, perkhidmatan capaian jalur lebar melalui satelit (VSAT) di 839 lokasi di kawasan kurang penduduk di pedalaman, pada suku keempat 2021, bagi meningkatkan capaian liputan internet.

Segala perkembangan ini merupakan usaha pihak kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan MCMC dalam meningkatkan kesalinghubungan Internet yang lebih baik, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi digital negara.

Tiga indikator JENDELA, iaitu tahap liputan 4G di kawasan berpenduduk, purata kelajuan jalur lebar mudah alih dan rangkaian gentian optik, masing-masing memperlihatkan petanda yang positif.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”