Berita dan Pandangan 5G

Liputan 5G di Malaysia kini capai 73 peratus

07 November 2023

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Berita Harian, 7 November 2023.

PUTRAJAYA, 7 Nov (Berita Harian) -- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata capaian rangkaian 5G di Malaysia kini ialah 73 peratus dan beliau yakin sasaran 80 peratus mampu dicapai menjelang akhir tahun 2023.

Beliau berkata, berdasarkan maklum balas daripada Digital Nasional Berhad (DNB), kerajaan berada di landasan tepat dalam memastikan sasaran 80 peratus kawasan berpenduduk mendapat liputan rangkaian 5G akhir tahun ini.

Biarpun berbaki tujuh peratus untuk mencapai sasaran itu, Fahmi berkata terdapat beberapa isu dibangkitkan oleh DNB antaranya masalah tanah yang perlu diselaras dengan pihak berkuasa tempatan.

Fahmi berkata, beliau telah meminta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din untuk mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi menyelesaikan isu berbangkit.

"Ini agar semua pihak faham bahawa 5G merupakan inisiatif nasional serta usaha bersama untuk melipatgandakan kemajuan dan pembangunan dalam negara," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini, hari ini.

DNB ditubuhkan pada 2021 untuk melaksanakan misi dan visi selaras dengan Rangka Tindakan Digital Ekonomi Malaysia (MyDIGITAL) antaranya mempercepat pelaksanaan infrastruktur serta rangkaian 5G dan merealisasi potensi 5G di Malaysia bagi memacu aktiviti ekonomi.

Fahmi berkata, setakat September 2023, peratus penerimagunaan 5G dalam kalangan penduduk di Malaysia ialah 9.1 peratus dan angka itu adalah lebih baik berbanding 7.4 peratus pada Oktober lalu.

Beliau berkata, faedah 5G juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya jika industri seperti perusahaan mikro, kecil dan sederhana memahami konsep rangkaian itu.

"Kita kena pastikan ikhtiar kerajaan untuk wujudkan lebuh raya data ini dimanfaatkan sebaik mungkin bukan hanya oleh syarikat besar tetapi juga pertengahan," katanya.

Mengulas isu penerimagunaan 5G, Fahmi berkata beliau telah mengadakan lawatan ke pusat gedung DHL yang menggunakan rangkaian itu bagi perkhidmatan robotik serta dron, dan antara maklum balas yang diterima ialah syarikat berkenaan boleh mengira hampir 8,000 pelet sehari menggunakan 5G berbanding 1,000 jika ia dikira secara manual.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”