Kelebihan 5G Perusahaan
Perusahaan Menegak
Blog
06 December 2022
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Digital Nasional Berhad (DNB) ingin mengambil kesempatan ini untuk membetulkan kenyataan tertentu yang telah dibuat pada Persidangan Industri 4.0 Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) 2022 baru-baru ini.
Rangkaian dan infrastruktur 5G Malaysia kini sedang dilaksanakan pada jadual yang dipercepatkan dan telah meliputi sekitar 38% kawasan berpenduduk di seluruh negara, termasuk kawasan-kawasan industri utama di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Orang ramai boleh melihat kawasan liputan 5G semasa pada Peta Liputan Interaktif DNB di sini, yang sudah termasuk beberapa bahagian di Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kelantan serta Sabah dan Sarawak.
Rangkaian 5G kini berada di landasan yang betul untuk mencapai 80% pada 2024 iaitu bersamaan dengan hampir 28 juta penduduk termasuk di zon-zon industri di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun bermula Disember 2021
Setakat ini, lima Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) utama – Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), U Mobile Sdn Bhd, dan YTL Communications Sdn Bhd (YES) telah memulakan perkhidmatan 5G secara runcit kepada pengguna, berikutan pelaksanaan Perjanjian Akses dengan DNB pada 31 Oktober 2022 lalu.
Kos yang diluluskan bagi pelaksanaan rangkaian dan infrastruktur 5G adalah RM16.5 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Rangkaian tersebut dibiayai oleh hasil yang dijana daripada penjualan kapasiti 5G oleh MNO. Tiada pembiayaan atau jaminan Kerajaan yang dijangka, selain daripada pelaburan permulaan awal sebanyak RM500 juta.
Hubungan media corp.comms@digital-nasional.com.my
Berita terkini dari kami