Berita dan Pandangan 5G

Maxis kata 5G hanya ada di Putrajaya dan Cyberjaya? Ini jawapan DNB

16 December 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di SoyaCincau, 15 Disember 2022.

Pengguna iPhone di Malaysia bergembira semalam kerana 5G akhirnya boleh digunakan selepas kemaskini iOS 16.2 dilepaskan. Bagaimanapun, kegembiraan ini tidak dikongsi oleh pengguna Maxis. Apabila ada pengguna bertanya di twitter, saluran rasmi @Maxislistens menjawab bahawa 5G hanya ada di Putrajaya dan Cyberjaya, menurut Digital Nasional Berhad (DNB).

Untuk menjelaskan perkara ini, DNB telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi.

Menurut DNB, tweet oleh @MaxisListens ini adalah kesalahan besar. 5G kini terdapat di hampir seluruh Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Cyberjaya dan Selangor, di sebahagian tempat utama di Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan, serta di beberapa kawasan di Melaka, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Orang ramai diminta untuk merujuk peta liputan interaktif DNB untuk mengetahui lebih lanjutan tentang kawasan yang memiliki 5G.

DNB juga menyatakan bahawa liputan 5G di kawasan populasi seluruh negara, telah mencapai 38.7% pada 30 November 2022. DNB yakin bahawa mereka dapat melepasi sasaran 40% liputan 5G di kawasan populasi menjelang 31 Disember 2022. Daripada pecahan liputan yang dimaklumkan DNB, rangkaian 5G kini meliputi 96% kawasan populasi di Kuala Lumpur dan Putrajaya, serta 84% DI Selangor. 5G juga baru diaktifkan di Malaysia Timur iaitu sekitar Kota Kinabalu dan Kuching.

Buat masa ini, hanya 5 syarikat telekomunikasi telah menawarkan perkhidmatan 5G iaitu Celcom, Digi, Telekom Malaysia, U Mobile dan YTL Communications. Maxis pula masih tidak menawarkan perkhidmatan komersial 5G kerana mereka masih menunggu kelulusan pemegang saham sebelum dapat menandatangani perjanjian akses 5G bersama DNB. Maxis dijangka akan menyelesaikannya pada Januari 2023.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”