Berita dan Pandangan 5G

Menteri Kewangan: Rangkaian borong tunggal 5G akan jimatkan RM30 bilion untuk syarikat telko

09 November 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di TechNave, 2 November 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata model rangkaian borong tunggal (single wholesale network, SWN) 5G pertama dalam dunia yang dilaksanakan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) akan membenarkan pengendali rangkaian mudah alih (mobile network operators, MNO) dalam industri telekomunikasi tempatan untuk menjimatkan kos.

Penjimatan ini adalah dalam bentuk kos pembinaan infrastruktur sekitar RM30 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ini akan membenarkan MNO untuk fokus pada penambahbaikan perkhidmatan 4G serta menyediakan perkhidmatan 5G yang inovatif dan bernilai tinggi untuk rakyat dan perniagaan.

Pada waktu ini, lima MNO tempatan telah bersetuju untuk menggunakan SWN DNB iaitu Celcom, Digi, Telekom Malaysia, U Mobile dan YTL Communications. Beliau mengatakan perjanjian antara MNO dan DNB ini penting dalam melaksanakan visi 5G negara bagi memacu pembangunan ekonomi digital.

Kos pembangunan rangkaian 5G adalah RM16.5 bilion dalam tempoh 10 tahun tanpa sebarang pembiayaan atau jaminan kerajaan, selain suntikan ekuiti bernilai RM500 juta untuk memulakan operasi DNB.

Rangkaian 5G sudah pun mencapai hampir 11 juta penduduk di seluruh Malaysia. Setakat akhir Ogos 2022, DNB berada dalam perancangan untuk mencapai sekitar 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang akhir 2024.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata sekitar 12 juta rakyat Malaysia akan menikmati 5G pada hujung tahun ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”