Berita dan Pandangan 5G

Penggabungan Celcom-Digi selesai, menjadi syarikat teknologi tersenarai tempatan terbesar

02 December 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di TechNave, 1 Disember 2022.

Akhirnya, penggabungan Celcom Axiata Bhd dan Digi.com Bhd telah selesai. Axiata menyatakan kepada Bursa Malaysia bahawa syarikat itu akan memegang pemilikan sama dengan Telenor dalam penggabungan ini pada 33.1% setiap satu. Penggabungan ini akan menjadikannya syarikat teknologi tempatan terbesar yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia.

Setelah penggabungan selesai, Axiata menerima saham sebanyak 33.1% dan RM2.5 bilion yang dibiayai oleh Digi. Digi juga menerbitkan saham kepada Telenor untuk mencapai pemilikan sama berikutan pembayaran Telenor sebanyak RM300 juta kepada Axiata. 

Dalam satu kenyataan, kedua-dua syarikat berkata mereka akan memberi perkhidmatan kepada kira-kira 20 juta pelanggan melalui pendapatan RM13 bilion, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai serta pelunasan (EBITDA) sekitar RM5.8 bilion secara pro-forma untuk kewangan tahun 2021.

Celcom Digi juga melabur RM250 juta dalam tempoh lima tahun untuk membina pusat inovasi bertaraf dunia di Kuala Lumpur. Matlamat syarikat adalah untuk memangkin transformasi digital Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dan mengukuhkan ekosistem tempatan melalui penggunaan Internet Perlbagai Benda (IoT), kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan dan 5G.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”