Berita dan Pandangan 5G

Penipuan dan surat jemputan palsu untuk menyertai projek yang tidak wujud

13 December 2021

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Digital Nasional Berhad (DNB) telah dimaklumkan mengenai kewujudan surat palsu yang kononnya dikeluarkan oleh “Jawatankuasa Exco Projek” bagi tujuan mempelawa syarikat-syarikat untuk mengambil bahagian dalam pelbagai projek berkaitan DNB, yang mana syarikat-syarikat ini di minta untuk membayar sejumlah wang ke dalam akaun bank yang kononnya dimiliki oleh DNB. DNB ingin menegaskan bahawa ianya adalah suatu PENIPUAN dan tiada kaitan sama sekali dengan urusan perniagaan DNB.

SILA AMBIL MAKLUM bahawa DNB tidak pernah memberikan kuasa kepada mana-mana “Jawatankuasa Exco Projek” bagi menjalankan urusan bagi pihaknya dalam apa jua kapasiti. Orang awam dinasihatkan supaya mengabaikan sebarang surat, permintaan atau pesanan dari pihak-pihak yang tidak dapat dipastikan keesahannya atau mencurigakan, yang mendakwa bahawa mereka bertindak bagi pihak DNB. Ini adalah untuk melindungi orang awam dari menjadi mangsa penipuan atau apa-apa jenis penyelewangan.

DNB ingin menyatakan bahawa akaun bank dan emel berikut adalah TIADA KAITAN SAMA SEKALI dengan DNB:

1. BSN akaun no. 14136-41-10001-1161
2. digitalnasionalbhd@gmail.com

Orang awam digesa untuk menghubungi DNB di info@digital-nasional.com.my untuk sebarang pengesahan mengenai komunikasi yang diterima yang kononnya berkaitan atau bersumberkan dari DNB.

Terima Kasih.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”