Berita dan Pandangan 5G

Perkhidmatan 5G berperingkat menjelang September, kata Annuar

06 July 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Free Malaysia Today, 1 Julai 2022.

KUALA LUMPUR: Pengguna dijangka dapat menikmati perkhidmatan rangkaian 5G secara berperingkat selewat-lewatnya September, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.

Beliau berkata, menjelang 1 tengah hari semalam, syarikat keenam telah memeterai perjanjian untuk mengambil ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB).

Annuar berkata, keenam-enam syarikat bersetuju memegang ekuiti dalam DNB dan persetujuan itu akan disusuli dengan perundingan yang muktamad mengenai harga dan sebagainya.

“Jadi proses fasa pertama itu selesai dan sekurang-kurangnya keenam-enam syarikat ini, dalam bahasa biasa, akan diberi peluang untuk membuat dia punya kajian daya maju dan juga kaedah penilaian bagi tujuan pelaksanaan pelancaran sebenar dan DNB difahamkan ini mungkin memakan masa antara satu hingga dua bulan.

“Insya-Allah, seminggu lagi menjelang 8 haribulan (Jul), dirasmikan tandatangan, dokumen-dokumen yang tertentu kemudian barulah mereka diberi tempoh untuk membuat proses kajian daya maju yang berkenaan supaya menjelang September selewat-lewatnya, pengguna sudah boleh menerima pelancaran perkhidmatan 5G secara berperingkat mengikut kawasan dan prasarana yang dapat disiapkan terlebih dahulu oleh DNB,” katanya.

Beliau mengulas majlis ramah mesra serta taklimat pelaksanaan 5G oleh Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta DNB, awal hari ini.

Annuar berkata, beliau juga gembira kerana selepas pelancaran itu tergendala selama beberapa bulan akibat penentuan model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) yang dirayu untuk diubah, kini sudah ada jalan penyelesaian yang diterima oleh semua pihak.

Semalam, beliau memaklumkan bahawa enam syarikat telekomunikasi dijangka memegang kepentingan ekuiti dalam DNB bagi pelaksanaan infrastruktur 5G negara melalui model SWN.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”