Bilik Berita DNB

Pernyataan Respons Digital Nasional Berhad kepada Maxis Berhad (@MaxisListens)

15 December 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

KUALA LUMPUR, 15 Disember – Digital Nasional Berhad (DNB) ingin mengambil peluang ini untuk memperbetulkan pernyataan yang dibuat oleh Maxis Bhd melalui ciapan Twitter @MaxisListens pada 14 Disember 2022. 

Buat masa ini, rangkaian 5G Malaysia telah meliputi hampir keseluruhan Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Selangor, selain kawasan-kawasan utama di Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan serta sebahagian daripada Melaka, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Pengguna boleh melayari Peta Liputan Interaktif DNB untuk maklumat lanjut. 

Pelanggan Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd (YES) telah mula menikmati perkhidmatan 5G runcit sejak penghujung Oktober 2022 yang lalu. Trafik pada rangkaian 5G Malaysia kini semakin meningkat, dengan 56,000 pengguna serentak menggunakan kapasiti 146 Terabait (TB) pada 30 November 2022, atau bersamaan dengan 77,500 jam bagi filem berdefinisi tinggi. 

Walau bagaimanapun, pelanggan Maxis masih belum dapat mengakses perkhidmatan 5G buat masa ini sementara menunggu kelulusan daripada para pemegang saham untuk melaksanakan Perjanjian Akses 5G yang dijangka akan berlangsung sekitar Januari 2023.

Lokasi liputan rangkaian 5G

5g

Rangkaian ini bakal menjangkau 40% liputan di kawasan berpenduduk (COPA) di seluruh negara menjelang Disember 2022 serta berada di landasan untuk mencapai komitmen 80% COPA pada 2024 atau lebih cepat. Rangkaian tersebut bakal mencapai 14 juta penduduk di lokasi rangkaian yang telah ditetapkan dan melebihi 30 juta penduduk dalam tempoh dua tahun akan datang.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”