Kelebihan 5G Perusahaan
Perusahaan Menegak
Blog
03 March 2022
Peningkatan ketara dalam penggunaan data bagi rangkaian 5G berbanding rangkaian terdahulu
Kelajuan purata 650Mbps bagi muat turun 5G
Jangkaan liputan di lapan lokasi utama (selain daripada kawasan di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur) menjelang akhir 2022 dan seterusnya
Rangkaian yang berdaya tahan, dengan pemantauan sepanjang masa oleh Pusat Operasi Rangkaian 5G DNB yang canggih
KUALA LUMPUR, 1 MAC 2022 – Rangkaian 5G Malaysia menyaksikan penggunaan data mudah alih yang ketara (purata 100GB setiap pengguna) sehingga Januari 2022.
Sebaliknya, laporan Opensignal menyatakan penggunaan data mudah alih Malaysia (untuk generasi rangkaian terdahulu dan bukan-5G di Malaysia) untuk Januari 2021 adalah pada 26.4GB bagi setiap pengguna. Ini menunjukkan peningkatan hampir empat kali ganda dalam penggunaan data untuk rangkaian 5G berbanding rangkaian sedia ada sebelum ini.
Sementara itu, kelajuan muat turun adalah pada purata 646.25Mbps berbanding kelajuan purata 4G pada 30.40Mbps ( Kelajuan purata muat turun dikemas kini setiap minggu di laman web DNB).
Kelajuan 5G yang amat pantas membolehkan para pengguna menikmati pengalaman digital yang lebih baik termasuk latensi rendah untuk permainan video dalam talian, penstriman video 4K, serta jangka masa muat turun yang lebih singkat.
Rangkaian 5G juga menunjukkan peningkatan tiga kali ganda untuk pengguna berdaftar dalam tempoh tiga minggu kebelakangan ini (16 Januari – 5 Februari).
Rangkaian 5G telah menunjukkan prestasi yang melepasi jangkaan dan kami yakin dalam keupayaan rangkaian untuk terus menyokong komitmen DNB untuk menyediakan kelajuan muat turun minimum 100Mbps di seluruh rangkaian,” kata Ken Tan, Ketua Pegawai Teknologi Digital Nasional Berhad (DNB).
Wing K Lee, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications berkata, “Sebagai syarikat yang pertama menawarkan 5G di Malaysia, sambutan terhadap 5G adalah amat menggalakkan kerana para pelanggan dapat merasai kelajuan luar biasa dan latensi yang rendah. Kami bekerjasama dengan pengeluar-pengeluar utama untuk membawa lebih banyak lagi peranti 5G ke pasaran pada harga yang berpatutan. Bersama-sama dengan pelbagai inisiatif kami, seperti Kempen #FirstToDiscover5G yang menawarkan Pek SIM Yes FT5G Prepaid Discover secara percuma, lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan dapat menikmati keupayaan 5G kerana DNB akan terus meluaskan rangkaian 5G ke seluruh negara.”
Rangkaian ini berdaya tahan, dan menunjukkan prestasi seperti yang dijangkakan, dan diuruskan oleh Pusat Operasi Rangkaian (Network Operations Centre atau NOC) 5G DNB yang canggih. NOC 5G DNB akan memantau, menyelenggara dan mengurus kerosakan rangkaian, keselamatan dan prestasi KPI sambal disokong Enjin Operasi Ericsson.
Peningkatan liputan 5G pada 2022
DNB akan meningkatkan liputan 5G pada tahun ini dan dijangka meliputi 37.9% kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun 2022.
Ini termasuk beberapa kawasan di Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa dan agensi-agensi kerajaan tempatan yang bekerjasama dengan DNB untuk mempercepatkan pelaksanaan 5G. Mereka inilah yang membantu kami kekal di landasan dalam usaha kami mencapai sasaran liputan 5G sebanyak 37.9% daripada kawasan berpenduduk pada akhir tahun 2022,” kata Tan.
Piawaian Mesra Alam
Reka bentuk berpenjimatan tinggi rangkaian 5G menjadikannya lebih kurang 15% lebih cekap tenaga berbanding standard selular terdahulu, termasuk 4G LTE.
Malah, dengan memanfaatkan piawaian Radio Baru (New Radio atau NR) Projek Perkongsian Generasi Ketiga (Third Generation Partnership Project atau 3GPP), penggunaan tenaga kini mampu dioptimumkan sehingga satu tahap di mana gabungan penggunaan tenaga rangkaian 2G, 3G, 4G dan 5G sepenuhnya masih lagi menggunakan jumlah tenaga yang lebih kecil berbanding rangkaian tanpa 5G.
TAMAT
Hubungan media corp.comms@digital-nasional.com.my
Berita terkini dari kami