Berita dan Pandangan 5G

Samsung Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

07 April 2023

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Tech Nave 13 Mac 2023.

Samsung Malaysia mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan dua telefon pintar kelas pertengahan dalam masa terdekat iaitu Samsung Galaxy A54 5G dan Samsung Galaxy A34 5G. Kedua-dua telefon ini merupakan pengganti kepada Galaxy A53 dan Galaxy A33 yang dilancar pada tahun lalu.

Seperti telefon-telefon dalam siri Galaxy A sebelum ini, Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G menampilkan spesifikasi yang mantap untuk telefon kelas pertengahan. Kedua-dua telefon kini menawarkan fungsi penggambaran malam Nightography yang boleh menghasilkan gambar cantik walaupun dalam situasi kurang cahaya.

Modul fotografi untuk Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G terdiri daripada kamera utama, kamera ultra-lebar, kamera makro dan kamera swafoto, namun Galaxy A54 5G memiliki sensor yang lebih tinggi daripada Galaxy A34 5G. Satu perkara yang anda perlu ketahui adalah kamera swafoto Galaxy A34 5G terdapat dalam takuk (notch) berbentuk titisan air, manakala kamera swafoto Galaxy A54 5G terdapat dalam lubang tebuk (punch hole).

Kameranya dilengkapi penstabilan imej optikal (OIS) dan penstabilan imej video (VDIS) yang akan membantu kamera untuk menghasilkan gambar dan video yang jelas dalam setiap situasi. Baharu untuk siri Galaxy A pada tahun ini ialah pengguna kini boleh memadam bayang-bayang dan pantulan yang tidak diingini dalam rakaman.

Kedua-dua telefon dilengkapi skrin Super AMOLED dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 120Hz untuk kualiti imej yang cantik dan lancar, namun saiz skrin adalah berbeza. Galaxy A54 5G mempunyai skrin 6.4 inci, manakala Galaxy A34 5G mempunyai skrin 6.6 inci.

Kedua-dua telefon juga bakal menerima kemas kini utama Android selama empat tahun serta kemas kini keselamatan selama lima tahun, jadi anda boleh gunakan telefon ini dengan lama. Ia juga dilengkapi sistem Samsung Knox bagi menawarkan keselamatan siber tertinggi untuk para pengguna.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua telefon:

Samsung Galaxy A54 5G

  • Skrin Super AMOLED Full HD+ 6.4 inci, kadar segar semula 120Hz
  • Cipset Exynos 1380
  • RAM 8GB
  • Storan dalaman 256GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 1TB
  • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 12MP + kamera makro 5MP
  • Kamera swafoto 32MP
  • Bateri 5,000mAh
  • Sistem operasi One UI 5.1 berdasarkan Android 13
  • Sistem keselamatan Samsung Knox
  • Ukuran 158.2 x 76.7 x 8.2mm, berat 202g
  • Pilihan warna Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome White

Samsung Galaxy A34 5G

  • Skrin Super AMOLED Full HD+ 6.6 inci, kadar segar semula 120Hz
  • Cipset MediaTek Dimensity 1080
  • RAM 8GB
  • Storan dalaman 256GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 1TB
  • Kamera utama 48MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 5MP
  • Kamera swafoto 13MP
  • Bateri 5,000mAh
  • Sistem operasi One UI 5.1 berdasarkan Android 13
  • Sistem keselamatan Samsung Knox
  • Ukuran 161.3 x 78.1 x 8.2mm, 199g
  • Pilihan warna Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome Silver

Setakat ini harga untuk kedua-dua telefon masih belum diumumkan. Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A54 5G atau Galaxy A34 5G. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dua peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”