Berita dan Pandangan 5G

Selangor Sasar Liputan 5G Seluruh Negeri Menjelang 2025

21 November 2023

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Bernama, 20 November 2023.

SHAH ALAM, 20 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor menyasarkan capaian rangkaian 5G di seluruh negeri itu mampu dicapai menjelang 2025.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata kerajaan negeri sedang giat bekerjasama bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi merealisasikan sasaran itu.

"Setakai hari ini rangkaian 4G di Selangor mencapai 99.87 peratus dan bagi rangkaian 5G di negeri ini adalah 94.3 peratus. Kerajaan negeri akan bekerjasama rapat bersama MCMC untuk memastikan rangkaian 5G, 100 peratus menjelang 2025.

"Kami akan memastikan kawasan mempunyai penduduk di luar bandar seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor turut mendapat rangkaian jalur lebar 5G," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu Fahmi memaklumkan MCMC akan membina 35 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), mulai suku kedua tahun hadapan.

"Ketika ini, terdapat 48 PEDi di seluruh negeri yang menggunakan rangkaian internet Wifi Smart Selangor," ujarnya.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”