Kelebihan 5G Perusahaan
Perusahaan Menegak
Blog
06 September 2022
Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Amanz, 30 Ogos 2022.
Pengumuman dan laporan media mengenai rangkaian 5G semakin rancak kebelakangan ini, dengan laporan seperti enam syarikat telekomunikasi tempatan akan memeterai pengambil-alihan Digital Nasional Berhad pada 31 Ogos, TM yang sedang berunding untuk menggunakan rangkaian tersebut pada perkhidmatan telekomunikasi Unifi mereka dan juga Celcom yang akan memulakan ujian rangkaian 5G mereka seawal bulan September ini.
The Star baru-baru ini melaporkan bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan sudahpun memulakan ujian rangkaian 5G di fasa keempat daripada lima fasa, dimana ujian tertutup sedang dijalankan dengan sekumpulan kecil pelanggan-pelanggan mereka.
Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus mengatakan bahawa fasa terakhir dalam ujian rangkaian 5G ini ialah untuk syarikat-syarikat tersebut menentukan pakej penawaran perkhidmatan rangkaian tersebut kepada pelanggan-pelanggan mereka.
Menurut laporan tersebut, beliau juga mengatakan bahawa terdapat kemungkinan bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan ini akan mula menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G secara lebih meluas bermula bulan hadapan.
Hubungan media corp.comms@digital-nasional.com.my
Berita terkini dari kami