Berita dan Pandangan 5G

Syarikat telco adakan ujian teknikal pelaksanaan 5G

06 September 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di Bernama, 30 Ogos 2022.

PUTRAJAYA, 30 Ogos (Bernama) -- Syarikat telekomunikasi yang bakal menyediakan perkhidmatan rangkaian generasi kelima (5G) di Malaysia telah memulakan ujian teknikal berkaitan pelaksanaannya, kata Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

Beliau berkata ujian teknikal berkenaan kini dalam fasa keempat daripada lima fasa secara keseluruhan, dengan fasa terakhir merangkumi aspek penentuan pakej.

“Kita nampak ia satu perkembangan yang positif dan kemungkinan besar pada September ini rangkaian 5G akan ditawarkan oleh pemberi perkhidmatan. Mereka telah mula menawarkan (5G) kepada kumpulan pelanggan khusus mereka,” katanya mengulas mengenai perkembangan perjanjian kepentingan Digital Nasional Bhd (DNB) dengan syarikat telekomunikasi.

Beliau sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani dokumen kerjasama anugerah Geran Kajian Masyarakat Digital (DSRG) di sini hari ini, antara MCMC, Universiti Kuala Lumpur, Lembaga Teknologi Malaysia dan Agensi Nuklear Malaysia dalam usaha merealisasikan pembangunan bakat digital dan pemerkasaan ekonomi digital.

Pada 1 Julai lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata pengguna dijangka dapat menikmati perkhidmatan rangkaian 5G secara berperingkat selewat-lewatnya September ini dengan enam syarikat telah memeterai perjanjian untuk mengambil ekuiti dalam DNB.

Buat masa ini, hanya YTL Communications menerusi Yes telah menyediakan perkhidmatan 5G kepada pengguna di Malaysia.

Enam syarikat telekomunikasi utama negara Maxis, DiGi, Celcom, U Mobile, YTL dan Telekom Malaysia bersetuju mendapatkan saham dalam DNB dan diberi tempoh hingga 31 Ogos (esok) untuk bersetuju dengan jumlah yang perlu dibayar bagi mendapatkan akses kepada rangkaian 5G.

DNB, yang merupakan syarikat tujuan khas kerajaan bagi pelancaran 5G, sebelum ini mengumumkan ketersediaan rangkaian itu di beberapa kawasan tertentu di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

Mengenai isu ‘scammer’ yang semakin berleluasa, Mohd Ali Hanafiah berkata MCMC sedang dalam perbincangan dengan syarikat telekomunikasi agar mereka boleh mempertingkatkan atau memperkenalkan mekanisme pertahanan untuk menghalang panggilan ‘scammer’.

“Ia akan mengambil masa tetapi mereka sedang berusaha melakukannya,” katanya mengenai mekanisme pertahanan tersebut, selain menegaskan turut bekerjasama dengan pihak bank bagi tujuan sama.

MCMC juga akan meningkatkan advokasi kepada khalayak umum dan mengesyorkan agar mereka memuat turun aplikasi yang dapat mengenal pasti nama pemanggil untuk mengelakkan pengguna tertipu. 

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”