Berita dan Pandangan 5G

Yes 5G bakal lancarkan perkhidmatan “cloud gaming” NVIDIA GeForce NOW di Malaysia

09 December 2022

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di TechNave, 7 Disember 2022.

Dalam terus mengembangkan sambungan 5G di Malaysia, Yes by YTL Communications baru sahaja mengumumkan bahawa syarikat itu akan memperkenalkan perkhidmatan cloud gaming NVIDIA GeForce NOW baharu yang membolehkan perkhidmatan cloud gaming digunakan pada hampir mana-mana peranti.

Dengan GeForce NOW, hampir kesemua jenis peranti termasuk PC, Mac, telefon, tablet, TV dan pelayar web akan diubah menjadi persediaan (setups) gaming melalui kuasa pemprosesan awan.

Menurut Yes, pengguna perkhidmatan mendapat akses kepada game terbaharu dengan keupayaan untuk menstrim lebih 1,400 judul seperti Cyberpunk 2077, francais Assassin’s Creed, FarCry 6 serta lebih 100 game percuma untuk dimainkan termasuk Fortnite dan Genshin Impact.

Kerjasama dengan NVIDIA boleh menghapuskan kos pendahuluan peralatan gaming dan memberikan pengalaman gaming pada bila-bila masa tidak kira tempat. Rakyat Malaysia boleh melanggan NVIDIA GeForce NOW dalam masa terdekat untuk memulakan dan menikmati cloud gaming.

Butiran seterusnya mengenai kerjasama dan pelaksanaan platform ini di Malaysia akan diumumkan tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut atau mendaftar, anda boleh klik di sini.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”