Kelebihan 5G Perusahaan
Perusahaan Menegak
Blog
26 October 2023
KUALA LUMPUR, 26 OKTOBER 2023 – Digital Nasional Berhad (DNB) hari ini melancarkan My5G Portal, sebuah pusat pengalaman 5G dengan teknologi terkini yang terletak di lobi TRX Exchange 106. Ruang inovatif ini direka untuk mempamerkan masa depan digital yang dikuasakan oleh ketersambungan 5G yang memberikan kelajuan data ultra pantas berlatensi rendah. Para pelawat akan menelusuri pameran lebih 50 kes penggunaan dan penyelesaian, merangkumi 12 industri seperti penjagaan kesihatan, bandaraya pintar dan keselamatan awam, pengawasan dan keselamatan, automasi pembuatan, logistik, mobiliti dan peruncitan.
Melalui pusat ini, DNB menyasarkan untuk menunjukkan keupayaan sebenar teknologi berkuasa 5G dalam ruang automasi, kecerdasan buatan (AI), realiti lanjutan (XR) dan robotik sekali gus menggalakkan penggunaan 5G dalam kalangan perusahaan- perusahaan utama di sektor awam dan swasta selain masyarakat awam.
My5G Portal merupakan satu usaha sama antara DNB dan rakan strategiknya Ericsson, serta meliputi sebuah ekosistem dengan lebih 20 rakan penyelesaian dari dalam dan luar negara. Pusat ini berfungsi sebagai pemangkin bagi perkongsian pengetahuan, idea dan penciptaan bersama, serta memacu kemajuan teknologi 5G dan penggunaannya pada skala global.
Pusat pengalaman tersebut telah dirasmikan oleh YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), dalam sebuah acara yang disaksikan oleh para pemimpin dari kementerian dan agensi berkaitan, sektor teknologi dan telekomunikasi, serta rakan-rakan industri yang lain.
Dalam ucapannya, YB Fahmi menekankan sejauh mana pusat pengalaman itu dapat mencerminkan peranan penting yang dimainkan 5G dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. “Kelajuan median 5G Malaysia adalah pada 485.25Mbps, menempatkan kita sebagai yang terpantas dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara, dan ketiga di dunia. Pencapaian ini adalah bukti kualiti dan integriti rangkaian 5G bertaraf dunia yang dibangunkan oleh DNB di Malaysia.
“My5G Portal ini menunjukkan komitmen Kerajaan untuk menempatkan Malaysia sebagai sebuah hab digital. Pusat ini berfungsi sebagai sumber yang berharga bagi syarikat, perkhidmatan awam, pakar akademik dan orang ramai yang ingin mula menggunakan teknologi 5G. Para pelawat akan dibawa untuk memahami 5G dan menemui penyelesaian 5G yang sedia ada untuk disesuaikan dengan keperluan perniagaan mereka masing- masing. Penyelesaian ini juga boleh terus dilaksanakan dan disesuaikan untuk memaksimumkan potensi mereka.”
Dalam ucapan alu-aluannya, Ketua Pegawai Strategi DNB Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, My5G Portal menyediakan pengalaman secara amali untuk menjelaskan lagi serta menggalakkan penggunaan teknologi 5G ini. “Kes penggunaan 5G yang dipamerkan adalah penyelesaian sedia ada yang dibangunkan dan dihasilkan oleh rakan strategik kami yang boleh membantu menangani masalah-masalah utama industri dan membolehkan perusahaan kekal berada di hadapan. Selain itu, pusat pengalaman ini juga akan menjadi sebuah hab untuk merangsang pendidikan dan penerokaan dengan menyediakan satu ekosistem khusus untuk masyarakat berinovasi dan bekerjasama. Sememangnya, My5G Portal benar-benar membawa 'masa depan' ke hari ini.”
Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, David Hägerbro berkata, “Sebagai rakan strategik utama untuk kemudahan bertaraf dunia ini, Ericsson berbangga kerana dapat menyumbangkan pengalaman dan teknologi kami untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang interaktif dan imersif bagi mendidik, meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penggunaan 5G. Kami berharap pusat ini dapat menjadi sebuah pelengkap kepada rangkaian 5G bertaraf dunia di Malaysia, selain memberikan inspirasi dan memacu inovasi dan kerjasama yang bakal menyumbang kepada pendigitalan Malaysia.”
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang My5G Portal, sila layari www.my5gportal.com.my. Orang ramai juga boleh menjadualkan lawatan berpandu mulai Jumaat, 27 Oktober 2023 melalui laman web yang sama.
Hubungan Media Digital Nasional Berhad:
Nurul Dayanna Norji
Pengurus, Komunikasi Korporat
dayanna.norji@digital-nasional.com.my
Irwan Abdul Rahman
Ketua, Komunikasi Korporat
irwan.rahman@digital-nasional.com.my
Hubungan media corp.comms@digital-nasional.com.my
Berita terkini dari kami