Bilik Berita DNB

DNB memperoleh Pensijilan ISO/IEC 27001:2022 untuk ISMS

12 March 2024

Economic Impact Report Forecasts DNB’s Single Wholesale 5G Network to Create RM122 billion in GDP and 148,000 jobs in 2030

KUALA LUMPUR, 12 MAC 2024 – Digital Nasional Berhad (DNB) telah berjaya memperoleh pensijilan ISO/IEC 27001:2022 untuk sistem pengurusan keselamatan maklumat (ISMS) pada 22 Disember 2023.

Pensijilan ISO/IEC 27001 merupakan satu standard antarabangsa yang mentakrifkan sistem pengurusan keselamatan maklumat organisasi, menyediakan syarikat tidak kira saiz dan dari semua sektor aktiviti dengan panduan untuk mewujudkan, melaksana, menyelenggara dan menambah baik sistem pengurusan keselamatan maklumat secara berterusan. Standard ISO akan dikaji dan disemak semula untuk memastikan keperluannya mencerminkan amalan terbaik untuk sesebuah organisasi, serta memenuhi keperluan pelanggan dalam pasaran global yang semakin berkembang.

Pensijilan ini penting bagi DNB untuk memenuhi kewajipan pelesenan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan untuk memastikan rangkaian 5G DNB berdaya tahan terhadap serangan siber. Ini termasuk bukan sahaja keupayaan untuk mengesan, tetapi untuk memulihkan dan mematuhi kedua-dua undang-undang, peraturan dan piawaian Malaysia dan Antarabangsa serta terus menambah baik sistem pengurusan keselamatan maklumat.

Bilik Berita DNB

Berita terkini dari kami

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DNB menjalinkan kerjasama dengan Shopee dan Syarikat Telekomunikasi untuk mempercepatkan penggunaan 5G dalam kalangan PMKS di Malaysia

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) UMUM PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

5G: Penetapan harga peroleh tiga spektrum guna kaedah tawaran akses rujukan

KENYATAAN DIGITAL NASIONAL BERHAD (DNB) MERUJUK ARTIKEL CHANNEL NEWS ASIA (CNA) BERTAJUK “Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator”