Kelebihan 5G Perusahaan
Perusahaan Menegak
Blog
Kelebihan 5G Perusahaan
Perusahaan Menegak
Blog
Bilik Berita DNB
12 February 2022
Tuan,
Pelaksanaan rangka tindakan MyDIGITAL adalah kritikal untuk Malaysia mencapai sasaran Revolusi Industri 4.0 dan juga sasaran yang ditetapkan di dalam Rancangan Malaysia ke 12 untuk memacu ekonomi negara. Pelancaran infrastruktur 5G merupakan tonggak utama ke arah objektif ini dan 5G bukan lagi hanya mengenai telekomunikasi dan operator rangkaian mudah alih seperti 2G, 3G dan 4G, tetapi merupakan utiliti asas seperti elektrik dan air yang penting untuk kualiti kehidupan dan juga untuk mencari rezeki.
Asas utama bagi Kerajaan memilih pendekatan Rangkaian Borong Tunggal 5G (Single Wholesale Network) untuk pelaksanaan 5G ke seluruh negara adalah seperti berikut:
Sekiranya kesemua yang dinyatakan di atas dianggap sebagai objektif dasar yang penting, maka pelaksanaan 5G tidak boleh diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakannya sendiri mengikut jadual mereka, dan didorong oleh fokus mereka terhadap keuntungan.
Tidak boleh dilupakan bahawa cadangan pihak Pakatan Harapan, yang pada dasarnya telah diulangi dalam Laporan Pasukan Petugas 5G Kebangsaan dan "Laporan Akhir mengenai Peruntukan Jalur Spektrum untuk Perkhidmatan Jalur Lebar Mudah Alih di Malaysia" daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Laporan-laporan ini telah diterbitkan pada penghujung 2019. Walau bagaimanapun, pelaksanaan 5G seperti yang dicadangkan di dalam laporan ini tertangguh akibat daripada sikap ahli konsortium yang dicadangkan. Dalam hal ini, tiada keperluan mendesak untuk MNO melaksanakan rangkaian 5G kerana mereka akan terus memaksimumkan penggunaan rangkaian 4G yang dimiliki mereka, yang telah memberikan pulangan yang besar sekian lama. Malaysia semakin ketinggalan di belakang negara jiran ASEAN dalam pelaksanaan 5G dan ini akan menjejaskan pelaburan langsung asing (FDI) yang bergantung pada infrastruktur telekomunikasi dan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) di Malaysia.
Spektrum 5G yang terhad adalah sama seperti rizab petroleum dan gas Malaysia (sumber negara yang terhad), yang tidak dijual kepada pembida tertinggi tetapi diamanahkan kepada Petronas demi kepentingan negara dan Rakyat. Oleh itu, spektrum 5G adalah sumber negara yang terhad, yang mesti digunakan dengan cara yang paling cekap untuk kepentingan negara dan Rakyat.
Rangkaian 5G memerlukan lebih banyak spektrum dan jalur yang lebih lebar daripada 4G, dan keperluan ini hanya akan meningkat dari semasa ke semasa. Model Multi Operator Core Network (MOCN) yang digunapakai oleh Digital Nasional Berhad (DNB) adalah model yang paling cekap untuk menggunapakai spektrum yang diperuntukkan untuk rangkaian 5G. Perlu dimaklumkan bahawa Kerajaan tidak pernah melaksanakan pendekatan pelelongan spektrum yang digunakan oleh MNO untuk 2G, 3G dan juga 4G, dan kebanyakan MNO hanya membuat pembayaran nominal untuk memperoleh peruntukan spektrum. Walau bagaimanapun, manfaat ini tidak disampaikan kepada pengguna, seperti yang dapat dilihat dengan caj perkhidmatan yang dikenakan di Malaysia, jika dibandingkan dengan caj perkhidmatan yang dikenakan oleh operator telekomunikasi di negara-negara lain di mana spektrum dapat dibeli oleh operator dalam lelongan kerajaan.
Banyak telah diperkatakan mengenai SWN sebagai monopoli dan tidak kondusif untuk persaingan. Perkara ini timbul akibat salah faham mengenai bagaimana model SWN digunakan. Rangkaian Akses Radio (Radio Access Network atau RAN) yang terdiri daripada peralatan radio untuk rangkaian 5G, digunakan oleh DNB untuk menyediakan kapasiti dan liputan borong kepada semua MNO, MVNO dan operator borong lain. Pihak-pihak ini kemudiannya boleh menawarkan perkhidmatan 5G dalam apa jua cara yang mereka pilih dan oleh itu boleh wujud persaingan sengit dalam penyediaan perkhidmatan 5G kepada pengguna akhir. Keupayaan network slicing dalam rangkaian 5G meningkatkan lagi keupayaan MNO dan MVNO untuk menyediakan tawaran perkhidmatan tersendiri kepada perusahaan, dan akan meningkatkan lagi persaingan. Sebagai contoh, di United Kingdom, inovasi 5G yang terbaik secara konsisten telah dibawa oleh pemain industri yang baru, dan bukannya operator telekomunikasi sedia ada.
DNB, sebagai sebuah SWN, juga dikatakan memiliki risiko Single Point of Failure. Dalam hal ini, DNB telah menggunapakai "reka bentuk tiada titik kegagalan tunggal" di mana terdapat redundancies yang dibina, mengikut piawaian global. DNB telah mereka-bentuk dan melaksanakan rangkaian 5G yang sesuai dengan rekaan modular dan fleksibel, keselamatan dan daya tahan end to end, serta rangkaian dipantau sepanjang masa. Di samping itu, oleh kerana rangkaian 5G DNB disepadukan dengan rangkaian 4G sedia ada, pelanggan akan dapat beralih kembali kepada rangkaian 4G secara serta-merta dan automatik, seperti yang dapat dilakukan apabila mereka tidak berada dalam kawasan liputan 5G. Oleh itu, tidak timbul isu di mana komunikasi pengguna terjejas sepenuhnya.
Akhir sekali, DNB benar-benar telus dalam penetapan harganya untuk penyediaan kapasiti dan liputan 5G. Pelan perniagaan terperinci untuk DNB yang menggunapakai model pemulihan kos diteliti oleh SKMM dan penetapan harga perlu diluluskan oleh SKMM. DNB perlu menerbitkan terma harga untuk penyediaan perkhidmatan 5G kepada mana-mana pencari akses. Oleh itu, adalah tidak munasabah untuk mendakwa DNB mempunyai peluang untuk mengaut keuntungan monopoli.
Pemilihan model SWN adalah pilihan yang tepat untuk pelaksaan rangkaian 5G. Sama ada ia dimiliki oleh Kerajaan atau konsortium MNO adalah bukan perkara yang utama. Kerajaan memilih untuk entiti neutral melaksanakan SWN bagi mengelakkan konflik kepentingan yang akan menjejaskan tempoh dan tahap pelaksanaan rangkaian 5G, sekiranya ahli konsortium MNO yang memiliki rangkaian borong juga memiliki rangkaian runcit.
Sesetengah pihak mencadangkan bahawa Kerajaan harus mempertimbangkan penyedia infrastruktur pemborong kedua, yang terdiri daripada MNO. DNB ingin menyatakan bahawa adalah penting untuk memahami bahawa akan ada implikasi yang besar sekiranya Kerajaan memutuskan untuk mengadakan dual wholesale network (DWN). Ada kebarangkalian tinggi bahawa DNB tidak akan dapat bertahan sepertimana ianya ditubuhkan, sekiranya terdapat pembekal rangkaian borong yang lain. Dengan kegagalan DNB, pembekal rangkaian borong yang kedua akan akhirnya turut menjadi monopoli SWN persendirian. Terdapat juga implikasi kewangan, undang-undang dan reputasi kepada negara dan Kerajaan sekiranya DNB dihentikan. Pertama, Kerajaan akan dikenakan bayaran tuntutan dan pampasan yang tinggi, termasuk penalti penamatan awal pelbagai jenis kontrak, untuk keseluruhan operasi DNB. Tambahan pula, pembatalan keputusan SWN akan memberi kesan serius kepada kredibiliti Kerajaan dan aliran masuk FDI terutamanya pelaburan dalam sektor teknologi berimpak tinggi.
DNB juga mengakui bahawa entiti 100% milik Kerajaan mungkin kurang cekap dalam jangka masa panjang. Oleh itu, kami telah mencadangkan, seperti yang diketahui oleh pegawai kanan Kerajaan serta pengurusan MNO, bahawa Kerajaan terbuka untuk mengurangkan kepentingannya dalam masa 3 tahun, selepas 5G dilaksanakan, supaya MNO boleh menjadi pemegang saham DNB. Adalah tidak praktikal untuk membuka pemilikan pada masa sekarang kerana DNB telah menggunakan pendekatan pemulihan kos dan berdasarkan bekalan untuk mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G pada kos rendah, dengan tumpuan khusus untuk merapatkan jurang digital bandar-luar bandar seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan.
Kami telah menangani isu-isu utama di atas tetapi sertakan di sini jawapan terperinci kepada semua soalan yang dibangkitkan oleh YB Dr Ong Kian Ming:
1) Cadangan awal semasa Pakatan Harapan (PH) berada dalam kerajaan adalah model yang diterajui konsortium di mana syarikat telekomunikasi akan memiliki pegangan majoriti dalam satu entiti yang bertanggungjawab untuk pelancaran 5G dengan Kerajaan hanya memegang pegangan minoriti dalam entiti ini. Mengapakah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kini Kerajaan Keluarga Malaysia (KM) menukar model ini kepada model di mana kerajaan memiliki 100% entiti yang bertanggungjawab untuk pelancaran 5G? Bukankah operator telekomunikasi sedia ada di Malaysia, yang telah bertahun-tahun mengurus perbelanjaan modal bagi pelancaran infrastruktur dan perkhidmatan telekomunikasi, termasuk pelancaran 4G, berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk bertanggungjawab ke atas pelancaran 5G berbanding DNB?
1. Rasional menggunakan pendekatan SWN untuk pelaksanaan 5G
2) Terdapat pihak yang mengatakan bahawa kerajaan Malaysia berpotensi mengumpul berbilion Ringgit jika spektrum 5G dilelong kepada pembida tertinggi dalam kalangan industri telekomunikasi dan pemain baharu yang berminat. Mengapakah model lelongan awam tidak diterokai oleh kerajaan? Apakah implikasi kewangan kepada kerajaan, kepada pemain telco serta kepada pengguna jika spektrum 5G diperuntukkan melalui lelongan awam?
2. Pelelongan spektrum di Malaysia
3) Satu-satunya negara lain di dunia yang menggunakan model SWN untuk pelancaran 5G ialah Mexico, melalui entiti penuh milik Kerajaan yang dipanggil Altan Redes, yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan infrastruktur rangkaian 4.5G sebagai pemulaan ke arah pelaksanaan 5G. Pada Julai 2021, syarikat ini memfailkan kebankrapan kerana tidak dapat memenuhi sasaran pelaksanaannya dan menjamin pelanggan yang mencukupi. Mengapa kerajaan yakin bahawa DNB tidak akan mengalami nasib yang sama seperti entiti SWN milik kerajaan 100% Mexico?
3. Altan bukanlah sebuah SWN, dan juga bukan dimiliki Kerajaan
4) Apakah asas keyakinan kukuh kerajaan bahawa model SWN boleh memberikan pelaksanaan 5G dan kos operasi yang paling rendah berbanding model dengan berbilang pemain telekomunikasi yang memiliki spektrum 5G dengan tanggungjawab untuk menggunakan infrastruktur 5G mereka sendiri? Jika kerajaan mahu pemain telekomunikasi sedia ada berkongsi kos infrastruktur 5G, mengapa ia tidak bersedia untuk duduk berunding dengan pemain telco untuk menghasilkan model perkongsian kos di kalangan pemain telco sedia ada di negara ini?
4. Rasional pelaksanaan SWN melalui entiti neutral
Berkenaan soalan tentang keupayaan "melaksanakan 5G dan kos operasi terendah berbanding model dengan berbilang pemain telekomunikasi yang memiliki spektrum 5G dengan tanggungjawab untuk menggunakan infrastruktur 5G mereka sendiri":
5) Terdapat tuduhan bahawa pemenang kontrak 5G yang diberikan oleh DNB bukanlah bidaan “terbaik” dalam senarai pembida. Adakah DNB bersedia dan mampu untuk mengeluarkan butiran penuh semua tawaran yang diterimanya dan menerangkan kelebihan kos dan teknologi untuk memilih pemenang akhirnya?
5. Proses Perolehan yang Terbaik Digunapakai
6) Dalam taklimat melalui aplikasi Zoom bersama Ahli Parlimen terpilih yang dijalankan oleh DNB pada Julai 2021, jumlah kos pelaksanaan 5G ialah RM18.9 bilion. Dalam taklimat yang diberikan kepada semua Backbenchers pada Disember 2021, jumlah kos telah dikurangkan kepada RM16.5 bilion tetapi dengan pecahan berbeza (RM12.0 bilion dalam kos infrastruktur dan RM4.5 bilion dalam kos korporat). Bolehkah DNB menerangkan perubahan dalam anggaran kos ini dan memberikan pecahan yang lebih terperinci mengenai anggaran infrastruktur serta kos korporat demi kepentingan ketelusan?
6. Kos Pelaksanaan DNB dan pembabitan Syarikat Bumiputera dan Malaysia
7) Salah satu isu yang diketengahkan DNB dalam pembentangan mereka kepada Ahli Parlimen ialah pelaksanaan liputan 4G yang tidak sekata di kawasan bandar dan juga luar bandar. Bagaimanakah model SWN akan memastikan bahawa terdapat liputan 5G di kawasan bandar dalam masa yang paling pantas dan bagaimanakah penggunaan 5G akan dilaksanakan ke kawasan luar bandar dengan cara yang lebih baik daripada pelaksanaan 4G sekarang?
7. Pendekatan yang diambil DNB untuk merapatkan jurang digital
8) Memandangkan terdapat pembangunan serentak liputan 4G di bawah program JENDELA serta pelaksanaan 5G di bawah DNB, apakah langkah yang sedang diambil oleh kerajaan untuk memastikan penyelarasan yang lancar antara pembangunan 4G dan pelaksanaan 5G di kawasan bandar dan juga luar bandar?
8. 4G dan 5G saling melengkapi
9) Pemain telco sedia ada bimbang kerana akses kepada 5G SWN adalah di bawah kawalan DNB sepenuhnya, dan bahawa mereka akan dikenakan bayaran “tidak adil” untuk akses kepada rangkaian ini supaya DNB boleh memperoleh keuntungan yang berlebihan termasuk penggunaan sebahagian daripada keuntungan ini untuk melaksanakan 5G di kawasan luar bandar yang kurang berkepadatan penduduk. Apakah jawapan DNB terhadap kebimbangan khusus ini yang dinyatakan oleh syarikat telekomunikasi?
9. Harga yang dikenakan oleh DNB kepada MNO adalah berdasarkan model pemulihan kos dan diluluskan oleh SKMM
10) Jika rangkaian 5G dikawal dan dikendalikan oleh DNB, adakah ini bermakna lebih sukar bagi syarikat telekomunikasi untuk bersaing berdasarkan kelajuan dan kualiti penghantaran data dalam spektrum 5G, memandangkan DNB menjanjikan akses yang adil dan sama rata kepada semua pemain telco?
10. SWN akan menggalakkan persaingan bagi manfaat pengguna akhir
11) Ada pihak yang meminta pembekal infrastruktur rangkaian lain untuk bekerjasama dengan pembekal semasa bagi mengurangkan risiko kegagalan pelaksanaan dan meningkatkan kelajuan pembangunan 5G. Adakah cadangan ini sesuatu yang DNB dan kerajaan Malaysia sanggup pertimbangkan?
11. Mengubah model SWN sekarang akan mengakibatkan kewujudan pembekal berdasarkan permintaan yang lain
12) DNB telah menetapkan sasaran pelaksanaan 5G tersendiri termasuk sasaran menjelang akhir 2021. Adakah DNB akan melaporkan kemajuan pelancaran 5G secara terbuka, secara bulanan atau suku tahunan seperti yang Jendela.my lakukan melalui laporan suku tahunannya?
12. Prestasi kemajuan DNB dan status pelaksanaan dipantau oleh SKMM
13) Jika Kerajaan Malaysia menukar model SWN milik penuh Kerajaan kepada model lain (sama ada model konsortium tunggal atau model dengan berbilang pemegang lesen melaksanakan 5G sendiri), apakah yang akan berlaku kepada kontrak sedia ada yang telah ditandatangani dengan pembekal? Adakah ini akan memberi kesan kepada keyakinan pelabur asing terutamanya visa-a-vis kesahihan kontrak yang ditandatangani oleh kerajaan dengan sektor swasta, terutamanya yang melibatkan Multinational Companies (MNC)?
13. Pembatalan SWN ketika proses pelaksanaan sekarang akan mengakibatkan kos yang besar kepada Negara
14) Jika model SWN digantikan dengan model di mana syarikat telekomunikasi akan bertanggungjawab untuk pelaksanaan infrastruktur 5G, bagaimanakah pemilikan spektrum 5G akan diperuntukkan di kalangan pemain telekomunikasi?
14. Peruntukan spektrum akan ditetapkan oleh Kerajaan
15) Akhir sekali, jika model SWN akan diubah dan pembekal infrastruktur lain/tambahan dipilih untuk pelaksanaan 5G, bagaimanakah kebimbangan keselamatan sedia ada pada infrastruktur 5G akan ditangani terutamanya daripada perspektif penggodaman dan network slicing untuk stand-alone (SA) dan non-standalone (NSA) sistem 5G?
15. Keselamatan dan daya tahan rangkaian adalah termasuk dalam falsafah reka bentuk DNB
Ralph Marshall
Ketua Pegawai Eksekutif
Digital Nasional Berhad
Hubungan media corp.comms@digital-nasional.com.my